Monday 9 June 2014

JEMAAH UMRAH TERKANDAS SELAMAT PULANG KE TANAHAIR




Hanya Ada Satu Azeez Rahim Dalam Dunia....! 121 Jemaah Umrah Terkandas Selamat Pulang Dengan Bantuan Biro Kebajikan UMNO

YAB Datuk Sri Najib tahu kita hanya ada satu Azeez Rahim dalam dunia ini....

Azeez memang memiliki kebolehan untuk membuat kerja diluar kemampuan mana mana pimpinan UMNO yang lain. Beliau berjiwa besar dan berhati mulia!

Untuk mengetuai Biro Kebajikan UMNO, Azeez Rahim adalah pilihan yang tepat sekali.

Lihat sendiri 'track record' beliau sebelum ini. Azeez yang membawa pulang anak dara dilarikan orang Indon, beliau meredah segala macam bahaya untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa mangsa bencana alam di New Zealand, Pakistan, Jepun, Myanmar dan beberapa negara yang perlukan bantuan kemanusiaan ketika itu seperti Misi Jordan, Somalia, Gaza dan membawa pulang rakyat Malaysia pulang dari Mesir.

Seramai 121 jemaah umrah yang terkandas di Madinah sejak 1 Jun lalu selamat tiba di tanah air kira-kira jam 6.10 petang tadi.

Ketibaan jemaah yang menggunakan pesawat Flynas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disambut oleh Pengerusi Biro Kebajikan UMNO, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan Timbalannya, Datuk Shamsul Anuar Nasarah.

Kegembiraan jelas terpancar di wajah jemaah kerana dapat pulang ke Malaysia dalam keadaan selamat hasil bantuan yang dihulurkan oleh Biro berkenaan.

Bercakap kepada para jemaah, Abdul Azeez menjelaskan pihaknya tampil menghulurkan bantuan itu tanpa mengira fahaman politik.

Jelasnya lagi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri mengarahkannya untuk menguruskan kepulangan 121 jemaah itu yang mengerjakan Umrah dengan pakej RM3,700 seorang yang ditawarkan syarikat beroperasi di Taiping.

“Tawaran pakej Umrah di bawah RM4,000 adalah tidak munasabah dan saya berharap kejadian ini akan menjadi iktibar berguna kepada umat Islam yang ingin mengerjakan Umrah,” katanya.

Sementara itu, beberapa jemaah umrah yang ditemui melahirkan rasa syukur kepada Allah kerana dapat pulang ke tanah air dengan selamat.

Jemaah, Abdul Ramesh Abdul Rahim, 60, melahirkan rasa kesal dengan syarikat yang menguruskan pakej umrah terbabit.

“Saya rasa sakit hati kerana syarikat tersebut tidak mengambil peduli hal kami dan langsung tidak menghantar wakil daripada pihak mereka utuk menerangkan hal sebenar,” katanya lagi.

Beliau yang berasal dari Pulau Pinang itu menzahirkan rasa gembira kerana ramai pihak prihatin terhadap jemaah yang terkandas di Madinah.

“Saya rasa sangat gembira dan ingin mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri yang sudi menolong kami menerusi Biro Kebajikan UMNO yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,” katanya.


KREDIT - Perak Today

No comments:

Post a Comment