Sunday 15 June 2014

KAPT ALI BIN AMIR

Siri 1 : The Roaring Tiger : Capt Ali Amir (Arwah)

Dalam entri Den kali ini, Den bercadang untuk menulis berkaitan dengan hero-hero komando yang telah mengorbankan jiwa dan raga demi untuk keselamatan negara. Mereka- mereka ini adalah hero-hero yang sepatutnya dilaung-laungkan  kerana sifat keberanian dan jati diri  yang mereka tunjukkan sebagai anggota komando  dan layak di gelar sebagai “pahlawan negara”.  Dari semakan dokumen rasmi, Den dapati ada mereka yang telah di ‘sanjung’ sebagaimana yang sepatutnya tetapi ada juga yang telah tidak diberi sebarang ‘recognition’ sebagaimana yang sepatunya.


Hero pertama pilihan Den bukanlah, seorang wira yang telah diberi pingat keberanian seperti pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa [SP] atau Pingat Gagah Berani [PGB], walaupun pada pandangan Den beliau sepatutnya dan lanyak untuk menerima penganugerahan tersebut, jika dibandingkan dengan beberapa kes lain yang diberi award tersebut. Walau bagaimanapun kita tinggalkan isu itu dulu kerana Den dah tak sabar nak menceritakan perihal hero Den ini.
KAPT ALI BIN AMIR , HERO PAGOH, MUAR Semoga Allah mencucuri Rahmat keatas Rohnya

Den mula mengenali  Kapt Ali bin Amir, pada tahun 1988, dan kalau tidak silap Den beliau adalah adjutant 11 RGK pada waktu tersebut. Den bukanlah buddy rapat dia tapi kami agak mesra dan selalu bergurau walaupun masa tu dia adalah senior Den yang agak  ‘garang tapi lawak.  Den menghormati beliau selain dari ketokohan dia sebagai pegawai komando yang agak ceria dan ‘tidak kenal susah’ beliau telah mencipta sejarah tersendiri di dalam dunia komando. Beliau pernah menceritakan kepada Den tentang pengalaman beliau, bertempur dengan pihak PGK [komunis].

Menurut beliau pada 25  julai 1987 semasa melaksanakan satu operasi di kawasan Bertam Nisai, Pahang, kalau tak silap Den, beliau telah menjumpai kesan tapak kasut, kesan tetakan pada pokok dan jerangkap babi yang dipercayai kepunyaan pengganas komunis. Menurutnya  “Masa tu waktu kira-kira tengah hari, RKK aku dah beroperasi kira-kira 1 minggu di kawasan tersebut, bila terjumpa sahaja kesan tapak kaki tersebut, aku terus mengarahkan RKK aku berhenti dan aku seterusnya membawa RKK aku berpatah balik kira-kira 50 meter  dari kawasan tersebut “, Maso tu Den terus menyampuk “..yak allaa, Tuan awat tuan blah pulak, kocut porut ko ?’

Kapt Amir :  ‘ Mangkuk kau, bukan aku takut laa, aku berundur  sebab nak pastikan kami semua selamat dan tidak termasuk di dalam kawasan serang hendap PGK “. Lepas tu, aku arahkan anggota aku untuk buat ‘around defence’ dan kemudiannya aku ajak seorang lagi budak aku pergi semula ke tempat tadi, kali ini pergerakan aku agak senang sebab kami dah tinggalkan pack dan ini memudahkan kami membuat recce dan trekking”.

Den : “ wak kira OK juga Tuan, masih boleh fikir bondo-bondo asas macam tu, Kalau Den , mungkin Den akan terus buat trekking ajo, dengan pack-pack sekali...’

Kapt Amir : ‘Tu laa kau, kalau kau buat macam itu, susah nak ‘focus’ masa trekking dan kau akan cepat penat disebabkan kau bawak pack, bila tidak ada pack pergerakan mudah dan kau boleh concentrate .

Den : Lopeh tu Tuan apo yang jadi ?

Kapt Amir : Kira-kira 15 meter dari kesan tapak kasut yg mula-mula aku jumpa, aku jumpa pula jerat babi..masa tu aku dah terfikir yang ini mesti geng PK punya. Aku pun terus memberi isyarat kepada ‘buddy’ aku supaya berhati-hati kerana terdapat kemungkinan PK berada di kawasan tersebut.  Lepas tu aku terus kan penjejakan, masa tu hari dah mula nak gelap..dalam pukul 5 petang, . Setelah aku buat taktikal trekking, akhirnya aku mendengar suara orang, tak kuat, sedang bercakap...bila aku perhatikan dan dengar baik-baik, aku  nampak 3 lelaki sedang bersembang, dan pada masa tu aku dah pasti bahawa mereka adalah geng PK.

Den ; Abih apo Tuan tak tembak ajo maso tu ..?

Kapt Amir : “ omak kau ..! kalau aku tembak masa tu, mungkin akan membahayakan diri aku dan RKK lain sebab aku tak pasti kedudukan sebenar mereka dan bilangan mereka. Setelah aku berpuas hati , aku pun berundur ke tempat RV aku, dan terus maklumkan kat HQ.

Den :  Apo maklumat yang Tuan dapek dari tinjauan tuan tu ?

Kapt Amir : ‘ Masa tu yang aku ingat, PK tu agak ramai paling kurang pun 10 -15 orang. Dan bila aku tengok bilangan tu, aku pasti mesti ada kepala besar [ketua] di dalam kumpulan tersebut, sebab biasanya PK akan bergerak di dalam kumpulan kecil juga, kalau ramai mesti ada ketua besar sekali. Masa tu aku minta kebenaran dari HQ untuk serang dan aku katakan RKK aku boleh berbuat demikian. Ada juga HQ cadangkan agar aku tunggu bantuan, tapi masa tu aku takut juga PK akan kesan kehadiran kami dan lari...rugi besar nanti dah lah nak berjumpa peluang macam itu bukan senang.

Den:  Macam mana pelan tuan untuk menyerang tu ?

Kapt Amir :  Aku dan LKpl Zamani, akan serang, dua orang anggota jadi kumpulan penyekat dan seorang lagi jaga pack dan buat comms dengan HQ.

Den : Bilo Tuan masok merapat sasaran ?

Kapt Amir: Malam tu juga, aku merangkak dan menghampiri sasaran, malam tu kami tak tidur langsung, pergerakan amat perlahan dan terlalu berhati-hati..takut-takut kena booby trap...Tapi alhamdulillahlah , bila pagi cerah sahaja, Aku terus membidik dan menembak seorang PK yang nak pergi kencing agaknya, bila senapang meletup aje, Aku dan Zamani terus menembak dan menghampiri kawasan kem PK, masa tu aku dan LKpl Zamani sambil menembak sambil menjerit ‘komando ..komando..” dan Zamani pun menyahut dan merapu-rapu menjerit seolah-olah kami ini ramai, kalau mereka tau aku dua orang aje yang  menyerang , memang jadi arwah laa aku hari tu..”

Den :  Berapa lamo tuan tembak menembak tu  dan apo kesudahannya?

Kapt Amir : Kami bertempur hampir dua jam..lepas tu masa buat searching kami jumpa satu mayat disorokkan di bawah daun-daun di tepi  batu, dan kesan darah memang banyak dan aku percaya sekurang-kurangnya 3-4 orang lain cedera parah atau mati. Lepas tu baru aku tahu bahawa ketua mereka adalah CCM Chong Chor...dan kekuatan mereka dianggarkan antara 25-30 orang. Nasib baik mereka lari bertempiaran dan tidak bertahan, kalau tidak susah juga aku waktu tu, maklumlah aku hanya berdua sahaja. Dan lepas tu kumpulan penyekat aku pun dapat tembak dua orang lagi PGK tapi mereka sempat di bawa lari...
The Late Capt Ali bin Amir Deserved  this  !

Begitulah antara lain cerita yang Den ingat fasal pertempuran di Bertam Nisai yang diceritakan oleh Kapt Ali kepada Den. Dan bila Den semak rekod rasmi, ceritanya tak banyak perbezaan. Dan di atas keberanian Kapt Ali bin Amir  pada 1 Mac 1988, beliau telah dikurniakan pisau tempur dan sijil Perkhidmatan Cemerlang. Perkara ini Den kesalkan sedikit, kerana menurut pendapatan Den , beliau sepatutnya layak menerima pingat SP, kerana bukan calang-calang orang yang berani untuk menyerang kumpulan PK yang berkekuatan 25-30 orang itu.

Mengapa beliau tidak diberikan anugerah SP atau PGB  adalah sesuatu yang dimusykilkan. Sedang ada kes yang hanya , mengejar lanun boleh dapat PGB dan hanya dengan menepis sahaja boleh dapat anugerah lebih tinggi. Den ghaso Jabatan Arah Gerak Khas, mungkin boleh review balik kes ini dan syorkan supaya Kapt Ali bin Amir di anugerahkan sekurang-kurangnya PGB di atas semangat keberanian yang ditunjukkannya.

Walau pun Kapt Ali selamat di dalam pertempuran tersebut, ajalnya tidak panjang selepas itu, kerana beliau telah meninggal dunia semasa membuat latihan payung terjun bebas pada tahun 1989 kalau tak silap Den di kawasan Tanjung Minyak, Melaka. Pada pagi sebelum arwah menjalani latihan tersebut, Den sempat berjumpa dan bersembang dengan beliau di Mess Sg Udang. Beliau yang seperti biasa pada pagi itu, bila nampak sahaja kelibat Den terus menegur Den “..Woit, Den , lama aku tak nampak kau, gi mana , aku ingat kau dah mati dah “..Itulah kata-kata gurauan terakhir dia pado Den yang masih Den ingek sampai hari ini, dan jawapan Den maso tu adaolah “..Woit Tuan, cakap baik-baik...saya ada lagi, tuan yang hati-hati kang payong tak kombang kang..”..Dan maso tu dia hanya senyum dan mengajak Den untuk minum di mess. 

Pada jam lebih kurang 1 tengah hari, ketika Den dan kawan-kawan sedang makan tengah hari, seorang pegawai masuk ke Mess , dewan makan dan kata “...Gentlemen, we had a sad  news, one of our brother have passed away,...arwah Kapt Ali bin Amir ..during parachute jumping at Tanjung Minyak” . Maso tu kami semua terperanjat dan sedih mendengar berita tersebut. Den bergegas ke Hospital Melaka untuk melihat jenazah arwah dan jenazah arwah dikebumikan di Pagoh, Muar ,Johor pada sebelah malamnya. Para pembaca , yang beragama Islam, marilah kita sama-sama sedekahkan Al Fatihah untuk roh arwah semoga rohnya ditempatkan bersama-sama dengan orang beriman . Al Fatihah

SUMBER : KOMANDO KEDAI KOPI

4 comments:

  1. Askum tuan,ayah saya juga salah seorang drpd team rkk tu, Lkpl Jumaen bin sarikum,dia pnah ceritakn psal arwah kapt Ali juga...

    ReplyDelete
  2. AL-FATEHA untuk arwah AYAH... X sempat merasa ada ayah 1989 sy baru keluar dr perut mak saya... Tapi sy tetap bangga dgn AYAH...

    ReplyDelete
  3. AL-FATEHA untuk arwah AYAH... X sempat merasa ada ayah 1989 sy baru keluar dr perut mak saya... Tapi sy tetap bangga dgn AYAH...

    ReplyDelete
  4. Ni no wasap saya jika ada kawan2 ayah saya yg masih hidup.. Boleh la kita berjumpa 0103234136

    ReplyDelete